Thursday, 6 February 2014

Wuhoooo!!!

Salam.


Lama giler tak update blog. Wuuuuu....bersarang! Nak kate sibuk takde lar sangat cume buat kerja remeh temeh je banyak. Adoi. Sekarang neh dok fikir pasai doorgift untuk kenduri nanti. Haa tau tak doorgift tuh ape?. Amboi dok bahase omputih sgt kan. Doorgift tuh kalau mak mak kita sebut berkat nak bagi kat orang. kalau datang kenduri tuh. Haa...

Dulu-dulu kalau kat rumah orang kahwin, dorg memang akn bagi telur. Bukan telur nk goreng tapi telur yang da siap direbus bagi kat orang oarng yg dok mai. Tahu tak simboliknya orang bagi telur rebus neh? Orang zaman dulu mengibaratkan telur rebus tuh sebagai mendoakan kedua pengantin hidup dalam keharmonian & mempunyai zuriat yang ramai. Oooo....baru tahu kan? Aku pon baru gak tahu pasai neh sebab secara tak sengaja terbaca satu blog neh dok cita pasai perbelanjaan pasai kahwin neh. 

Kalau nak dibandingkan majlis kahwin zaman dulu dengan zaman sekarang memang jauh nau beza. Dulu sume simple je. Cuma sekarang je banyak sangat pertambahan belanja yang kadang kadang tak masuk akal. Yela kalau kita g rumah orang kahwin pastu tengok ada candy booth lar, photobooth lar, guestbook corner lar, photoprop lar. Mahu tak gile tengok benda benda comey camtu? Kau bole tahan tengok orang dok pegang misai sambil berselfie? Memang tak dinafikan benda benda kecil camtu lar sememangnya akan menjadikan majlis korang lebih meriah walaupon sebenarnya tak perlu pon kan. Seumur hidup sekali kan (inshaaAllah..) mesti kita nak rasa & nak ada benda benda camtu kan. Aku pon sama lar dalam kategori tuh. Tapi masih terkawal lagi okeh. Fikir mana yang patot je neh.

Banyak betol benda nak kena fikir pasal kahwin neh. Catering, photographer, andaman, hantaran, doorgift, bridesmaid, kad kahwin, baju nikah, bilik pengantin (ehh ...huu ...) dan macam macam macam macam lagi lar nok!. Buat masa sekarang yang da confirm catering, photographer & andaman. Banyak lagi nak settle neh. 

Sekarang nga usha tempat nak p honeymoon. Huuuu...... Ada cadangan? :)



Love,

ejan_mohammad